20091206

Pusat Kecemerlangan Arkib dan Dokumentasi KMNS




Pusat Arkib dan Dokumentasi KMNS terletak bersebelahan dengan bangunan Pusat Sumber dan juga Dewan Serbaguna, Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan. Pusat ini berfungsi menyediakan ruang pameran, mendokumentasikan pelbagai aktiviti kolej yang melibatkan pensyarah dan juga pelajar. Antara kegiatan utama yang dilaksanakan di PKAD ini ialah merakam video, gambar, penyuntingan video dan penghasilan koleksi rakaman pengajaran dan pembelajaran dalam bentuk CD dan DVD. Selain itu di bawah Unit Pembangunan dan Latihan, pusat ini mengatur pelbagai sesi bengkel bagi melatih para pensyarah menggunakan pelbagai teknologi media bagi membantu mencapai kecemerlangan pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran

Aktiviti PKAD KMNS

Bengkel Asas Suntingan Video (12 -13 Ogos 2009)



Pemangkin Kecemerlangan Teknologi Media


Bengkel ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pensyarah KMNS untuk menyunting video menggunakan perisian Ulead bagi menghasilkan bahan-bahan multimedia yang diperlukan khasnya bagi proses P&P dan PPSMI.

Bengkel Asas Suntingan Video diadakan selama 2 hari bermula pada 12 Ogos 2009 (Rabu) sehingga 13 Ogos 2009 (Khamis) yang diadakan di Makmal Komputer 4, Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan. Para peserta terdiri daripada wakil-wakil setiap unit dan juga termasuk AJK arkib. Fasilitator yang membantu ialah En Syed Abdul Rahim bin Syed Omar, En. Mohd Amir bin Zakaria, En. Wong Yong Geng, En. Mohamad Zaki bin Mohamad Zaid dan En. Othman bin Mohamad Nor.

Hari Pertama bengkel dimulakan dengan sesi pendaftaran dan juga taklimat yang disampaikan oleh Penyelaras Arkib KMNS iaitu En. Syed Abdul Rahim bin Syed Omar. Jadual seterusnya ialah Pra-Produksi & Produksi yang disampaikan oleh En. Syed Abdul Rahim bin Syed Omar. Selepas makan tengahari, bengkel disambung semula dengan tajuk Pos-Produksi (Digital & Susunan) yang dipimpin oleh En.Mohd Amir bin Zakaria. Bengkel ditangguhkan pada pukul 4.30 petang.

Bengkel diteruskan bagi hari kedua. Bengkel dimulakan dengan sesi Pos Produksi (Transition & Efek) dan diikuti dengan sesi Pos Produksi (Bunyi & Efek). Kedua-dua sesi dipimpin oleh En. Mohd Amir bin Zakaria. Selepas rehat, para peserta bengkel dikehendaki membuat suntingan akhir video masing-masing. Pada pukul 3.30 petang, Majlis Penutup bengkel diadakan. Pengarah KMNS, Tn. Hj. Awang Hambali bin Hj. Awang Hamdan sudi hadir bersama Ketua Jabatan Sastera Ikhtisas dan Ketua Jabatan Matematik untuk menutup bengkel tersebut. Majlis dimulakan dengan ucapan perasmian penutup oleh Tuan Pengarah diikuti dengan tayangan video hasil suntingan para peserta bengkel. Seterusnya ialah penyampaian cenderamata oleh Penyelaras Arkib kepada pihak pengurusan, sesi bergambar bersama Tuan Pengarah dan diakhiri dengan jamuan ringan di Kafe D.

Secara keseluruhannya, bengkel ini banyak memberikan input yang berguna kepada semua peserta kursus. Adalah diharapkan ilmu-ilmu yang diperolehi akan dimanfaatkan sebaik-baiknya dan bengkel ini mungkin akan dilanjutkan pada masa akan datang.



widgeo.net