20091206

Pusat Kecemerlangan Arkib dan Dokumentasi KMNS




Pusat Arkib dan Dokumentasi KMNS terletak bersebelahan dengan bangunan Pusat Sumber dan juga Dewan Serbaguna, Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan. Pusat ini berfungsi menyediakan ruang pameran, mendokumentasikan pelbagai aktiviti kolej yang melibatkan pensyarah dan juga pelajar. Antara kegiatan utama yang dilaksanakan di PKAD ini ialah merakam video, gambar, penyuntingan video dan penghasilan koleksi rakaman pengajaran dan pembelajaran dalam bentuk CD dan DVD. Selain itu di bawah Unit Pembangunan dan Latihan, pusat ini mengatur pelbagai sesi bengkel bagi melatih para pensyarah menggunakan pelbagai teknologi media bagi membantu mencapai kecemerlangan pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran

Aktiviti PKAD KMNS


Lawatan ke Pusat Arkib dan Dokumentasi KMK ( 4 - 6 April 2009)


Pemangkin Kecemerlangan Teknologi Media

Lawatan ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dalam bidang pendokumentasian dan arkib. Di samping itu lawatan ini diharapkan dapat menjalin hubungan ilmu di antara rakan-rakan ahli jawatankuasa arkib kolej dengan rakan-rakan ahli jawatankuasa arkib Kolej Matrikulasi Kedah. Lawatan ini diketuai oleh Penyelaras Arkib dan Dokumentasi KMNS iaitu En. Syed Abdul Rahim bin Syed Omar manakala AJK yang terpilih untuk mengikuti lawatan ini ialah En. Mohd Amir bin Zakaria, En. Ahmad Faizal bin Darus, En. Rizaudin bin Abd Rashid, En. Othman bin Mohd Nor, En. Isharae bin Abdul Mosamad, Cik Zatul Iradah binti Abd Samad, Cik Rozilawaty binti Abdullah dan Cik Siti Hajar binti Abdul Ghafar.Di samping itu lawatan ini diharapkan dapat menjalin hubungan ilmu di antara rakan-rakan ahli jawatankuasa arkib kolej dengan rakan-rakan ahli jawatankuasa arkib Kolej Matrikulasi Kedah. Lawatan ini diketuai oleh Penyelaras Arkib dan Dokumentasi KMNS iaitu En. Syed Abdul Rahim bin Syed Omar manakala AJK yang terpilih untuk mengikuti lawatan ini ialah En. Mohd Amir bin Zakaria, En. Ahmad Faizal bin Darus, En. Rizaudin bin Abd Rashid, En. Othman bin Mohd Nor, En. Isharae bin Abdul Mosamad, Cik Zatul Iradah binti Abd Samad, Cik Rozilawaty binti Abdullah dan Cik Siti Hajar binti Abdul Ghafar.

Hasil Lawatan

Penerangan mengenai Pusat Arkib dan Dokumentasi KMK telah disampaikan sendiri oleh Penyelaras Arkib & Dokumentasi KMK iaitu En. Syamil bin Inche Ibrahim bertempat di Mini Teater, Arkib KMK.

Pusat Arkib dan Dokumentasi Kolej Matrikulasi Kedah telah dirasmikan oleh mantan Pengarah BMKPM, Dato’ Dr. Zainal Abidin bin Ahmad pada 13 Disember 2008. Ia terbahagi kepada beberapa bahagian. Bahagian pertama ialah ruang pameran yang memaparkan sejarah-sejarah kolej matrikulasi, gambar-gambar Pengarah Bahagian Matrikulasi & Pengarah Kolej Matrikulasi, gambar-gambar aktiviti yang dijalankan di peringkat Bahagian serta peringkat kolej, cenderamata serta album-album.

Bahagian kedua ialah Mini Teater yang dijadikan sebagai bilik tayangan. Mini Teater ini sering digunakan oleh pensyarah-pensyarah untuk aktiviti P&P. Proses rakaman suara juga dibuat di Mini Teater tersebut kerana ia telah dilengkapi dengan sistem kedap bunyi. Pada masa tertentu, Mini Teater berkenaan berfungsi sebagai studio di mana pelajar boleh berlatih menyanyi untuk acara-acara kolej yang telah dirancang.

Bahagian ketiga ialah bilik simpanan bahan-bahan arkib. Bahan-bahan tersebut disusun dengan kemas di rak-rak yang telah disediakan. Label juga dibuat bagi memudahkan kerja-kerja pencarian bahan. Di situ juga. turut diletakkan satu set komputer Apple untuk kerja-kerja ’editing’ dilakukan.

Bahagian Keempat yang berada di UKAD KMK ialah Pusat Latihan & Pembangunan. Di bahagian berkenaan, sebanyak 20 buah komputer riba diletakkan untuk melatih staf-staf dan pelajar menyunting grafik serta video. Komputer riba tersebut merupakan komputer-komputer lama pensyarah yang telah di ’upgrade’ supaya sesuai dengan perisian-perisian yang digunakan. Sekiranya terdapat staf atau pun pelajar yang ingin melakukan kerja-kerja suntingan sendiri, mereka boleh melakukannya di bahagian tersebut.

Jurukamera UKAD KMNS telah merakamkan aktiviti-aktiviti lawatan yang dijalankan di Pusat Kecermelangan Arkib & Dokumentasi KMK sebagai sumber rujukan pada masa akan datang.



widgeo.net