20091124

Perancangan PKAD KMNS

Peningkatan Tahap Kemudahan Infrastruktur PKAD

PKAD sememangnya memerlukan peruntukan yang besar bagi meningkatkan keselesaan kepada pengguna dan pengunjung. Mengambil inspirasi daripada lawatan ke PKAD Matrikulasi Kedah, PKAD KMNS berharap agar peruntukan dapat disalurkan bagi membolehkan bangunan yang kosong ini dapat dilengkapi dengan kemudahan pameran serta peralatan bagi ruang rakaman audio video setara dengan kemudahan yang dimiliki oleh PKAD KMK. Setakat bulan Julai 2009, PKAD KMNS telah menerima dua buah perabot iaitu meja penyambut tetamu dan almari cermin pameran yang berketinggian 8 kaki.

Penyelenggaraan bangunan PKAD

Bilik operasi suntingan video ini telah dikesan mengalami kebocoran pada bahagian bumbung. Masalah ini telah dimaklumkan kepada Pengarah KMNS dan PEK. Pihak kontraktor telah datang dan mengambil tindakan susulan dengan menampal kebocoran di bahagian atas bumbung, namun pada hari ketiga seterusnya, kebocoran yang sama berulang semula. Masalah ini telah diajukan semula kepada PEK dan hasilnya barulah masalah ini berjaya diatasi.

Langsir tingkap bangunan PKAD

PKAD KMNS memerlukan langsir tingkap bagi menahan silauan cahaya matahari yang menghadap komputer di bilik operasi suntingan bagi memberikan lebih keselesaan kepada pengguna yang aktif bekerja di bilik ini.

Kebenaran pelepasan keluar kolej bagi tujuan penyelidikan

Usaha perlu dilakukan untuk membuat penyelidikan tentang sejarah Program Matrikulasi dan sejarah pendidikan negara bagi tujuan pendokumentasian. Sehubungan dengan itu, unit PKAD memerlukan surat pelepasan kebenaran keluar kolej khususnya bagi menjalankan tugas untuk mendokumentasikan sejarah Program Matrikulasi yang berjaya mengambilalih Sekolah Menengah Teknik di Pontian (Johor), Jengka (Pahang) dan Pendang (Kedah).

Pusat Sehenti suntingan video untuk warga matrikulasi (MiVEC)

Sebagai persediaan bagi menjayakan aspirasi ke arah itu, kursus suntingan video telah diadakan pada 12 - 13 Ogos 2009 kepada warga kolej.

Menetapkan Tatacara Prosedur Tugasan

PKAD ingin menetapkan tatacara prosedur bagi memproses video sebelum sesuatu majlis diadakan iaitu:-
1) Serahan memo untuk tempahan perlu dibuat secara bertulis dua (2) minggu sebelum sesuatu acara / majlis hendak dilangsungkan. Permohonan perkhidmatan membuat video seperti montaj atau video untuk tayangan semasa majlis berlangsung perlu dipohon lebih awal kerana penyediaan DVD video berkenaan memerlukan data dan keperluan tertentu oleh JK yang mengendalikan majlis tersebut.

2) Peruntukan satu (1) minggu diperlukan untuk menyiapkan video untuk tayangan bagi tujuan pembetulan. Pihak Jawatankuasa majls perlu menonton terlebih dahulu video yang dihasilkan seminggu sebelum upacara diadakan untuk tujuan pembetulan kerana penghasilan sesuatu video bukanlah mudah dan memerlukan masa bagi menjamin hasil kualiti video yang tinggi.

3) Buku Program Acara / Majilis untuk tujuan pendokumentasian perlu diserahkan kepada bahagian videografi PKAD paling kurang sehari sebelum majlis bagi tujuan rujukan untuk mengetahui perjalanan sesebuah majlis agar kedudukan dan bilangan video yang bakal digunakan dapat ditentukan secara profesional.

4) Surat perlantikan JK Dokumentasi perlu diberikan sebagai rujukan