20091124

Sejarah Arkib dan Dokumentasi KMNS

Pusat Arkib dan Dokumentasi KMNS kini telah memiliki bangunan sendiri bertempat bersebelahan dengan Dewan Serbaguna KMNS. Pada bulan Februari 2009, ianya telah berpindah daripada pejabat asalnya, di Tingkat 2, Bangunan Pusat Sumber. Bangunan yang bernilai RM 150 ribu ini mempunyai ruang untuk pameran, bilik suntingan, bilik rakaman audio video dan bilik simpanan koleksi. Walau bagaimanapun, bangunan ini masih dalam peringkat penambahbaikan. Buat masa ini, hanya ruangan suntingan sahaja yang beroperasi, manakala ruang yang lain memerlukan beberapa peralatan yang masih menunggu bajet seterusnya daripada pihak kolej lantaran kekangan kesan ekonomi yang agak merundum sekarang.